Tazkirah.

*Tazkirah Hari Ini (12 Syawal 1439H)*
Bahawa jangan ada orang itu sangat kasih akan dunia. Maka bersahabat dengan orang yang sangat kasih akan dunia itu racun yang akan membunuh akan diri kerana tabiat itu mengikut akan tabiat orang bersama-sama dengan dia, maka bersama-sama dengan orang yang gemar akan dunia itu menambahi ia gemar akan dunia.
Bermula sangat gemar akan dunia itu asal segala kejahatan seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:
_Kasih akan dunia itu kepala segala kejahatan dan kesalahan_
(Almarhum Tuan Syeikh Abdu Al-Samad Al-Falimbani – Hidayah Al-Salikin Fi Suluki Maslaki Al-Muttaqin)

Leave a comment